‘Mr Hulk Hogan’ Hampir Bunuh Diri, Potong Tangan | Gara-gara terlalu taksub mahu menjadi seperti Mr Hulk Hogan, abang sado yang dikenali Akibat taksub nak jadi Mr Hulk Hogan, abang sado ini yang dikenali Romario Dos Santos Alves sanggup menyuntik minyak dan akohol di lengannya bagi mendapatkan otot yang besar.
Sebagai akibat, dia hampir kehilangan dua tangannya manakala nyawanya juga turut terancam. Selain itu, keadaan otot lengan yang besar itu juga menyebabkan dia digelar Hulk hinggakan kanak-kanak menjadi takut dengannya.
Dia terpengaruh dengan bahan berkenaan selepas mengunjungi sebuah gim dan diperkenalkan oleh rakannya tiga tahun lalu.
Ketika mula-mula menyuntik bahan berkenaan, lengannya menjadi keras umpama batu hinggakan dia terpaksa meminta isterinya menyuntik bahan berkenaan di bahagian lain.
Kerana otot itu menjadi terlalu keras, dia terpaksa membeli beberapa jarum suntikan yang dikhaskan menyuntik kerbau.
Bicepsnya kemudian membengkak hinggakan sebesar 25 inci. Lama kelamaan dia mula berasa sakit dan mengalami kegagalan buah pinggang akibat toksin dalam minyak berkenaan.
Doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia perlu memotong kedua-dua tangannya kerana bahan berkenaan mengancam nyawa Alves.
“Ketika dalam perjalanan ke hospital untuk melalui proses memotong tangan, saya dihubungi oleh doktor dan mereka memaklumkan bahawa tangan saya tidak perlu dipotong sebaliknya hanya otot yang keras itu sahaja perlu dibuang,’ katanya.
0 Komentar untuk "‘Mr Hulk Hogan’ Hampir Bunuh Diri, Potong Tangan"