Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FF7.

.
#Jika beberapa hari lalu, pengguna media sosial rancak memperkatakan tentang aktres berpengaruh Hollywood, Angelina Jolie kononnya menitip ucapan 'Ramadan Kareem' kepada peminat Islamnya menerusi laman fanpage Facebook sekaligus menjadi viral.

#Terkini tersebar pula berita pelakon dan penyanyi yang lebih dikenali menerusi watak Roman Pearce dalam siri filem hebat Fast & Furious iaitu Tyres Daniel Gibson, menitip ucapan 'Ramadan Al-Mubarak' kepada peminat khususnya kepada beragama Islam.
.
Malah, di sebalik ucapan itu selebriti yang berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat ini dikatakan sebenarnya sudah bergelar mualaf sejak tahun lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri Gibson menerusi laman sosial, Instagram dan Facebook miliknya apabila dia kerap memuat naik video di laman Facebooknya dengan memberi gambaran sebenar beliau sudah memeluk Islam.

Tidak hanya memuat naik ucapan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia bahkan berdasarkan beberapa gambar yang pernah dimuat naiknya di Instagram sebelum ini, dia turut menulis perkataan #InshaAllah (dengan izin Allah).

Jika setiap kali statusnya tertulis #InshaAllah, Gibson menerima banyak komen daripada peminat Muslim yang turut menitipkan ucapan Alhamdulillah.

Namun, ada juga pengikutnya yang bertanya sejauh mana kebenaran dia sudah memeluk Islam.

Sementara itu, sahabat baik kepada mendiang Paul Walker ini juga dikatakan telah memeluk Islam di Dubai pada tahun 2014 ketika bercuti bersama pelakon Will Smith dan penyanyi Maxwell.

Pemergiannya ke Dubai pada tahun itu sekaligus sempena memperingati kematian Walker yang maut akibat kemalangan pada tahun lalu.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan aktiviti Gibson di Dubai bertemu temannya berbangsa Arab dan menyapa mereka dengan ucapan assalamualaikum. Selain itu, dia juga mengenakan jubah dan lengkap berserban.

Gibson juga dikatakan pernah menyatakan perasaannya selepas memeluk Islam iaitu merasakan seperti baru dilahirkan dan sangat tenang.

Menerusi satu video temubual beberapa minggu lalu, Gibson berkongsikan pengalamannya sebagai seorang Muslim dan perkara itu disambut positif oleh peminatnya di seluruh dunia.

Di samping itu, dia berkongsi pandangannya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Islam sejagat.

Terbaharu, menerusi laman Instagramnya dua hari lalu, dia memuat naik sekeping foto menunjukkan permandangan di Dubai dan menulis kapsyen memaklumkan dia akan berkunjung lagi ke negara itu pada Julai nanti juga tidak lupa menulis #InshaAllah.
0 Komentar untuk "Inilah Punca Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FF7."

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info