Lelaki Kerja Ramas Payudara, Dibayar RM150


Pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki dari China ini mungkin kedengaran mudah dan menyeronokkan namun menurut Yang Jun, kerjanya itu turut mendapat tentangan dan halangan yang tersendiri.

Ini kerana pekerjaannya sebagai peramas payudara ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak untuk terapi penyusuan ditentang sebahagian besar suami kepada pelanggannya itu.

Yang Jun merupakan seorang ahli terapi profesional yang bertugas untuk membantu para ibu menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi yang baru dilahirkan.

Yang Jun akan mengurut payudara si ibu selama satu jam setengah dengan kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM150.

Namun, halangan daripada para suami ketika Yang Jun melakukan pekerjaannya sedikit sebanyak mengecewakannya.

“Saya benar-benar sangat bagus dalam bidang ini jika mereka memberikan saya kesempatan. Saya belajar mengenai fisiologi, urutan, akupuntur dan saya sangat meminati bidang ini. Mereka seharusnya melihat saya sebagai seorang doktor atau jururawat,” luahnya – Mynewshub.my

P/S : Di Malaysia memang tidak dibenarkan kerana menyalahi hukum syarak bagi orang Islam.
0 Komentar untuk "Lelaki Kerja Ramas Payudara, Dibayar RM150"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info