Individu Ke-32 Terkaya Di Dunia Ini Umum Derma Semua Hartanya Bernilai RM120 Bilion




Seorang putera dari Arab Saudi yang merupakan orang 34 terkaya didunia mengumumkan akan mendermakan kesemua hartanya bernilai USD32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.

Putera Alwaleed bin Talal, 60, telah membuat keputusan berkenaan selepas mendapat inspirasi daripada pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft iaitu Bill Gates.

Kesemua wang berkenaan akan disalurkan kepada, Alwaleed Philanthropies, iaitu merupakan sebuah abdan kebajikan yang sama pernah beliau dermakan sebelum ini sebanyak USD3.5 bilion (kira-kira RM13 bilion).

Menurut beliau, kesemua derma tersebut akan digunakan untuk memupuk pemahaman budaya selain
membantu memperkasa kaum wanita dan menyediakan bantuan bagi bencana.


Pengasas microsoft Co., Bill Gates, memuji hasrat Putera Alwaleed itu di mana dia menyifatkan ia akan menjadi satu contoh dan inspirasi terbaik kepada semua hartawan lain supaya mencontohi sikapnya.

Beliau merupakan pengerusi firma pelaburan Kingdom Holding Company di mana syarikat berkenaan memiliki saham di hotel Four Seasons, Fairmont and Raffles, serta News Corp, Citigroup, Twitter dan Apple.

Menurutnya lagi kesemua harta yang didermakannya itu adalah harta peribadinya sendiri dan ia bukannya daripada pemilikan di dalam Kingdom Holding.

"Kedermawanan adalah tanggungjawab peribadi. Saya telah memulakannya lebih daripada tiga dekad lalu dan sememangnya intrinsik dalam agama Islam," katanya.

Kesemua sumbangannya itu akan mengambik masa beberapa tahun dan akan diselia rapi oleh lembaga pemegang amanah yang turut diketuai beliau. - Siakapkeli.my


0 Komentar untuk "Individu Ke-32 Terkaya Di Dunia Ini Umum Derma Semua Hartanya Bernilai RM120 Bilion"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info