Dengan Bayaran RM260, Lelaki Comel Bantu Wanita Jepun Hilangkan Tekanan Kerja

[Image: image.jpg]
'Lelaki comel' menggunakan terapi air mata membantu wanita berkerjaya di Jepun menghilangkan tekanan kerja.

TOKYO – Wanita berkerjaya di Jepun yang berkemampuan mempunyai cara unik untuk melepaskan rasa tertekan mereka kerana menghadapi sebarang masalah di tempat kerja dengan menjalani kaedah ‘terapi air mata’.

Dengan mengenakan bayaran sebanyak £40 pound (RM260.00), sekumpulan lelaki kacak dan berbadan sasa akan datang berjumpa dengan mereka yang sedang berduka dengan membantu mereka mengelap air mata menggunakan tisu atau sapu tangan.

Daily Mail melaporkan, kaedah tersebut yang dikenali sebagai ‘terapi air mata’ atau Ikemeso semakin popular di negara ini, dan dipercayai banyak membantu wanita profesional untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja.

Perkataan Ikemeso sendiri membawa maksud lelaki comel dalam bahasa Jepun.

Pengasas terapi Ikemeso, Hiroki Terai berkata, dia mendapat idea tersebut berikutan tekanan serta penderaan seksis di tempat kerja yang rata-rata didominasi kaum lelaki.

“Ramai wanita yang menghadapi tekanan teruk sehingga sanggup berhenti kerja atau melakukan sesuatu pada diri mereka. Ada juga yang masih bertahan.


“Terapi kami akan memban*tu wanita-wanita ini meluahkan perasaan mereka dengan cara menangis atau sekurang-kurangnya ketawa dengan menonton filem menciut hati. Syarikat saya telah menyediakan tujuh lelaki kacak untuk menangani golongan ini,” katanya.

Tambah Terai, kumpulan sasaran itu hanya perlu menghubungi nombor telefon yang tertera, dan pekerja ‘comel’ akan membuat lawatan ke tempat kerja bagi membantu menenangkan mereka.

“Kami mempunyai kata-kata perangsang serta tisu yang boleh membantu mengelap air mata. Wanita terbabit juga boleh menangis sebanyak mana yang mereka mahu, sehingga tekanan yang mereka hadapi itu hilang.

“Kami akan duduk menemani mereka, setiap permasalahan ada jalan penyelesaian. Ini adalah cara kami untuk membantu wanita berkerjaya supaya tidak berputus asa dengan kerjaya mereka,” ujarnya. 
0 Komentar untuk "Dengan Bayaran RM260, Lelaki Comel Bantu Wanita Jepun Hilangkan Tekanan Kerja"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info