(VIDEO) Di Tangkap Ayah sendiri Ketika Berkhalwat Bersama Teman Lelaki Di Dalam Hotel


Tindakan seorang anak membawa masuk seorang kekasih warga asing ke dalam rumahnya dekat Felda Bukit Tongkat di sini membawa padah selepas dia 'kantoi' dengan bapanya sendiri.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, anak perempuannya itu ditangkap oleh ayahnya sendiri bersama jiram yang lain ketika sedang berdua-duanya dengan lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam Sabtu lalu.

Wanita berusia 20an itu ditangkap oleh bapanya sendiri yang mana pada waktu itu bapa wanita tersebut ditemani oleh jirannya.


“Dipercayai lelaki warga asing itu berusia 20-an dan bekerja sebagai pekerja ladang di Felda Bukit Tongkat  manakala, wanita tersebut bekerja sebagai pembantu pejabat di felda yang sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil berkata, wanita berkenaan baru sahaja kematian suami kira-kira tujuh bulan lalu dan tinggal di Felda berkenaan bersama-sama ayahnya.

Difahamkan sewaktu kejadian berlaku, wanita tersebut telah mengambil lelaki berkenaan di perhentian bas berdekatan Felda untuk di bawa datang ke rumah yang mana, pada masa itu merupakan kali pertama wanita tersebut membawanya ke rumah.

(LINK VIDEO DISINI)

Bagaimanapun, perbuatan itu berjaya dikesan ayahnya sendiri yang kemudian bertindak menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang untuk tindakan lanjut.


Bagi kes ini, kertas siasatan telah dibuka dan akan dirujuk kepada Pendakwa Syarie terlebih dahulu sebelum dituduh ke mahkamah Syariah.

Kes tersebut di siasat di bawah kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor. “Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. 
0 Komentar untuk "(VIDEO) Di Tangkap Ayah sendiri Ketika Berkhalwat Bersama Teman Lelaki Di Dalam Hotel"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info