Kalau dia punca ringgit jatuh bagusla kalau dia keluar
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menghentikan serangannya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia membawa kesan negatif kepada ekonomi negara.
Menurut laporan Mingguan Malaysia, Ahmad berkata serangan seperti itu telah menyebabkan penyusutan nilai ringgit.
“Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang dengan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.
“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,” katanya sambil menambah kesemua 15 perkara yang dibangkitkan sebelum ini telah terjawab.
Ahmad Maslan juga berkata jika berlaku penyusutan nilai ringgit, maka barangan import akan mengalami kenaikan harga disebabkan urus niaga menggunakan dolar Amerika.
“Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan,” katanya kepada akhbar itu.
Ringgit dilaporkan dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.
Adnow
loading...
Home
»
Unlabelled
»
Bagus Mahathir Keluar UMNO: ‘Dr Mahathir Punca Nilai Ringgit Jatuh’ – Ahmad Maslan
loading...
loading...
Baca Jer Ler
Top 5 Minggu Ni
-
Masih ingat kah korang dengan hannah tan? Hannah Tan ialah seorang artis Malaysia yang serba boleh, dia seorang model, tv host, dan pen...
-
Kalau dia punca ringgit jatuh bagusla kalau dia keluar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta mantan Perdana Mente...
-
Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sangg...
-
Seorang artis wanita jatuh pengsan ketika sedang mengadakan satu persembahan konsert di Mexico baru-baru ini. Beliau sebelum itu dilapork...
-
Guru Cantik Muat Naik Gambar Merosakkan Hidupnya Di Internet. Seorang guru berusia 23 tahun dari Aurora, Coloroda, Carly McKinney telah diga...
MUST READ ARTICLE!!
Padah Tersilap Memilih Pakaian Ketika Berlakon, Artis Wanita Ini Dikecam Natizen
Kancing Kemeja 'Tercabut' Akibat Tidak Dapat Menahan Saiz Payudara Model Ini Lihat Betapa Murahnya Harga Diri Pasangan Adik Ka...
Powered by Blogger.
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Bagus Mahathir Keluar UMNO: ‘Dr Mahathir Punca Nilai Ringgit Jatuh’ – Ahmad Maslan"