Bagus Mahathir Keluar UMNO: ‘Dr Mahathir Punca Nilai Ringgit Jatuh’ – Ahmad Maslan

Kalau dia punca ringgit jatuh bagusla kalau dia keluar

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menghentikan serangannya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia membawa kesan negatif kepada ekonomi negara.

Menurut laporan Mingguan Malaysia, Ahmad berkata serangan seperti itu telah menyebabkan penyusutan nilai ringgit.

“Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang dengan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,” katanya sambil menambah kesemua 15 perkara yang dibangkitkan sebelum ini telah terjawab.

Ahmad Maslan juga berkata jika berlaku penyusutan nilai ringgit, maka barangan import akan mengalami kenaikan harga disebabkan urus niaga menggunakan dolar Amerika.

“Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan,” katanya kepada akhbar itu.

Ringgit dilaporkan dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.
0 Komentar untuk "Bagus Mahathir Keluar UMNO: ‘Dr Mahathir Punca Nilai Ringgit Jatuh’ – Ahmad Maslan"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info