Penyanyi Wanita Jatuh Pengsan Ketika Sedang Lakukan Persembahan Konsert


Seorang artis wanita jatuh pengsan ketika sedang mengadakan satu persembahan konsert di Mexico baru-baru ini.

Beliau sebelum itu dilaporkan mengadu mengalami sakit kepala dan berasa loya sebelum konsert bermula namun tetap meneruskan persembahan.



Syarikat pengurusan mereka iaitu Jellyfish Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu cuaca yang panas didalam dewan itu punca artis wanita itu tidak berada dalam keadaan baik pada hari tersebut.


"Syukur keadaan beliau tidak membimbangkan selepas dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ahli lain tetap meneruskan persembahan kerana tidak ingin mengecewakan peminat yang hadir," kata wakil syarikat berkenaan seperti dilaporkan Soompi.



Dalam pada itu, artis wanita tersebut turut direhatkan daripada mengadakan sebarang persembahan dan telah pun pulang ke negara asalnya.


0 Komentar untuk "Penyanyi Wanita Jatuh Pengsan Ketika Sedang Lakukan Persembahan Konsert"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info