Dalam era kemajuan dan perkembangan teknologi ini, sudah tentunya telefon bimbit merupakan benda yang sangat penting untuk kegunaan harian. Jika dilihat sekitar kawasan tidak kira di tempat makan, di kompleks beli belah dan mana-mana tempat sahaja anda tentu akan melihat orang yang bermain dengan telefon bimbit. Akan tetapi, jika sering bermain telefon bimbit memberi kesan yang negatif kepada anda.
Bermain telefon bimbit akan meninggalkan kesan negatif dari segi kesihatan, fizikal dan mental. Cara untuk mengelakkan ketagihan ini ialah..
1. Matikan telefon sebelum tidur
Jika tidak, ia sama seperti “anda tidak membenarkan badan anda untuk rehat”. Ramai dikalangan masyarakat akan bermain telefon bimbit sebelum tidur. Perkara ini akan membawa ke berjam-jam lamanya. Dan bagaimana pula sesiapa yang menggunakan telefon sebagai jam penggera/alarm? Tiada alasan bagi perkara ini. Jika anda boleh mengamalkan gaya retro/old school, kehidupan anda akan menjadi lebih mudah dalam perlbagai cara. Beli sajaha jam penggera yang murah, apa susah!
2. Keluar tanpa membawa telefon pintar
Apa kata anda ubah cara kehidupan seharian anda. Dengan berjalan-jalan, menunggang basikal pada waktu terluang dan menikmati kopi di kafe. Biarkan telefon anda di poket tanpa memegangnya. Kalau boleh, matikan bunyi notification apps supaya anda tidak teringin untuk membacanya. Tidak perlu menangkap gambar dan memuat turun ke lama Instagram selalu, anda perlu cuba menikmati persekitaran dengan lebih kerana anda sebenarnya sedang melihat dunia di sekeliling anda.
3. Berkomunikasi dengan orang ramai melalui ‘perbualan offline”
Lebih baik lagi, anda letakkan sebagai cabaran untuk diri sendiri. Mungkin anda boleh cuba, ‘saya aan membuat 3 orang tersenyum hari ini,” atau ‘saya akan bertanya khabar kepada 2 orang.” ia juga dapat menjadi semudah membuat “eye contact” dengan orang lain. Cubalah!
4. Hari tanpa telefon
Jika anda tidak sanggup, boleh cuba untuk limitkan masa anda dengan telefon. Sebagai contoh, limitkan masa selama 5 jam tanpa telefon dalam sehari. Anda boleh cuba membuat aktiviti lain seperti memasak, membaca atau keluar dengan rakan-rakan dan berbual untuk mengalih perhatian anda daripada telefon. Percayalah, anda akan terbiasa dengan taktik ini jika mengamalkan dengan baik.
5. Seimbangkan hari harian anda
Cuba untuk mengekalkan nisbah 1:1 masa berteknologi dengan masa sebenar dalam hari-harian anda. Jika anda hanya duduk di hadapan komputer riba atau duduk menghadap telefon bimbit selama berjam-jam, anda perlu mengambil 3 jam masa lapang tanpa teknologi juga.
0 Komentar untuk "5 Cara untuk Elakkan Ketagihan Telefon Bimbit"