PANASSS!!! Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?


Heboh ketika ini diperkatakan di media sosial, artis dan usahawan jelita Neelofa sudah sah menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato Seri Shafie Afdal.

Setakat ini belum Neelofa belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung isu, ini namun daripada komen-komen di instagram miliknya dapat disimpulkan bahawa cerita ini lebih kepada cakap-cakap kosong pihak yang mencari publisiti murahan.


Hmmm... adatlah bila berada dalam dunia artis kan. Apa pun, Neelofa memang antara usahawan yang semakin berjaya dari hari ke hari.. Dalam banyak-banyak artis yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Lofa antara artis yang paling terkenal dengan mengeluarkan satu jenama tudungnya sendiri iaitu Neelofar Hijab..

Laporan daripada BBC, penjualan tudung jenama Neelofar yang dikeluarkan oleh pelakon dan pengacara jelita tanah air itu telah mencecah RM50 Juta iaitu dua kali ganda dari jangkaannya.

Jenama tudungnya yang mempunyai hampir 700 pengedar sah termasuk di Brunei, London, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Belanda tidak dapat menghalang dirinya dari dikatakan sebagai isteri ketiga orang kenamaan.


Tetapi, orang tak semudahnya terus percaya dengan gosip itu.. Iyerlah, kalau Lofa dah kahwin dengan VVIP sekalipun.. Takkan Lofa nak jadi isteri nombor tiga? Dia pun dah boleh dikategorikan sebagai seorang jutawan dan rasanya Lofa dah tak perlu nak cari seorang VVIP untuk tumpang kekayaan dengan menjadi isteri ketiga..

Biasalah tu manusia, tak boleh nak tengok orang senang sikit.. Ada saja fitnah yang mahu disebarkan untuk menjatuhkan kejayaan orang lain.. 
0 Komentar untuk "PANASSS!!! Neelofa Bergelar Isteri Ketiga Bekas Menteri?"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Baca Je - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info